Monday, March 25, 2019

Aksen

Aksen

Tujuan: 

Salah satu tujuan perkongsian rencana menngenai Aksen ini adalah untuk mengajar pengguna Bahasa Melayu dengan apa yang di maksudkan dengan Aksen dari segi umum serta perbezaan diantara aksen dan slanga.  

Objektif:

Objektif dalam perkongsian rencana in adalah untuk;

1) Menerangkan perbezaan diantara aksen dan dengan slanga.
2) Menyatakan dengan lebih terang maksud kata-kata yang diucapkan oleh Professor Hirschfield.
3) Menerangkan sebab-sebab berlakunya penggunaan aksen dalam Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam serta beberapa contoh aksen yang digunakan di luar negara.

Nyatakan perbezaan antara aksen dengan slanga?

Aksen dari segi umum lebih cenderung kepada cara percakapaan di dalam menyebutkan sesuatu perkataan oleh individu mengikut lokasi dan bangsa individu masing-masing. Aksen akan mula diperolehi apabila seorang individu mula belajar bercakap dan menyebut sesuatu perkataan. Akan tetapi, slanga ialah sesuatu penggunaan kata yang direka cipta oleh satu golongan atau kumpulan manusia yang dijadikan sebagai suatu bentuk komunikasi dalaman atau tersirat untuk mengelakkan orang di luar kumpulan tersebut daripada memahaminya. Oleh itu, perkataan yang dicipta dalam bentuk slanga adalah terhad kepada kumpulan itu sahaja dan dianggap bahasa tidak formal. Jadi, dalam erti kata lain, aksen dan slanga adalah sesuatu yang sangat berbeza dan perbezaan yang pertama ialah aksen tertumpu kepada cara penyebutan oleh seorang individu manakala slanga ialah perkataan yang tidak formal yang mana direka cipta oleh sekumpulan manusia sebagai kata komunikasi yang tersirat.
                                                                                                                      (140 patah perkataan)

Jelaskan apa yang dimaksudkan oleh Professor Hirschfield mengenai aksen itu iaitu, "Some learners of German use their accent to emphasize their cultural identity. Others want to lose it as quickly as possible so as not to stand out among native speakers.”

Kajian Professor Hirschfield mengenai aksen menunjukkan bahawa terdapat manusia yang bangga terhadap aksen mereka sehingga sanggup menggunakan aksen dalam bahasa asing. Akan tetapi ada juga sesetengah manusia yang berhasrat untuk membuang aksen mereka disebabkan berpindah kepada mengikut aksen penutur asli bahasa tersebut. Ini adalah disebabkan aksen adalah sesuatu yang berkait rapat dengan latar belakang seseorang. Ini boleh dilihat daripada terdapatnya dua peringkat aksen iaitu aksen yang berprestij tinggi dan juga aksen yang termasuk di dalam peringkat yang di kategori kan sebagai peringkat yang kurang 'sofistikated' atau miskin. Oleh kerana ini, hal sedemikian boleh membawa kepada berlakunya diskriminasi daintara golongan aksen tersebut.

                                                                                                                       (142 patah perkataan)

Mengapakah berlaku penggunaan aksen dalam bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam?

Apakah definisi bagi perkataan aksen? Aksen merupakan tekanan suara pada kata atau suku kata. Definisi lain juga mengatakan bahawa aksen itu adalah cara seseorang dari sebuah negara atau daerah menyebut kata-kata , loghat dan pelat. Aksen itu berbeza dengan dialek. Dialek dapat dibezakan menurut wilayah sebagai contoh dialek regional, menurut faktor-faktor kemasyarakatan dan waktu pemakaian dialek iaitu dialek temporal.  Antara sebab mengapa berlaku penggunaan aksen dalam bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam adalah sesetengah orang memang dilahirkan dengan mempunyai aksen sebegitu. Sebagai contoh, sesetengah orang Melayu Tutong dan Kedayan tidak dapat menembusi huruf 'R'. Ini merupakan satu fakta yang memang dapat dijumpai dikalangan orang-orang Melayu Tutong mahupun Kedayan. Salah satu sebab mengapa berlaku penggunaan aksen dalam bahasa Melayu juga adalah terdapat bangsa-bangsa yang lain terdapat di Negara Brunei Darussalam. Sepertimana yang diketahui oleh rakyat-rakyat Negara Brunei Darussalam, negara ini menpunyai tujuh puak jati iaitu Puak Melayu Brunei, Puak Dusun, Puak Belait, Puak Murut, Puak Bisaya, Puak Tutong dan Puak Kedayan. Melalui puak-puak ini, memang sudah didapati bahawa terdapat penggunaan aksen itu kerana setiap puak mempunyai berlainan aksen.

                                                                                                                    (188 patah perkataan)

 

Berikan contoh-contoh aksen digunakan di negara luar. 

Terdapat lebih daripada seratus negara di dunia ini, keistimewaan bagi sesebuah negara merupakan bahasa mereka termasuklah aksen tersendiri. Aksen yang memang sudah terkenal ialah aksen dari negara United Kingdom atau lebih dikenali dengan nama British. Setentunya, aksen ini mempunyai perbezaan dengan aksen-aksen negara lain sebagai contoh perbezaan antara aksen British dengan aksen Amerika:

  • Troli - (B) Trolley (A) Shopping cart 
  •  Rencana - (B) Timetable (A) Schedule
  • Pemadam - (B) Rubber (A) Eraser 
 Salah satu contoh yang juga dapat diperolehi adalah aksen dari negara Scotland


  • Hard - had
  • Butter - bater
  • Serene - sirin
                                                                                                   (100 patah perkataan)

Rujukan:

1) Fadzillah Amin (2012, 13 Mac). Accent and slang. The star online. Diakses pada jam 10.43am, 22 Mac 2019 dari http://www.bbc.com/future/story/20180307-what-does-your-accent-say-about-you

2) Janna, D. (2016, November). Accents in language a part of our identity. Geothe institut. Diakses pada 10.50am, 22 Mac 2019 dari https://www.goethe.de/en/spr/mag/20874270.html

3) Pusat Rujukan Persuratan Melayu.  Diakses pada 8.33 am, 25 Mac 2019 dari http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=aksen 

4) Cahyono, B. Y. (1995). Kristal-Kristal Ilmu Bahasa.

5) Haslina Bujang. (2017, 10 Oktober). 7 Puak Jati Brunei. The Patriots. Diakses pada 11.27am, 25 Mac 2019 dari https://www.thepatriots.asia/7-puak-jati-brunei/

6) (2015, 27 July). Bahasa Inggris Skotlandia ~ Soctland English. Diakses pada 11.55am, 25 Mac 2019 dari http://diahwahyuasih.blogspot.com/2015/07/bahasa-inggris-skotlandia-scotland.html

No comments:

Post a Comment