Tujuan - Penulisan
rencana ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai istilah baharu dalam Bahasa
Melayu. Dalam rencana ini akan dijelaskan mengenai:
- Kesan atau
impak penggunaan istilah asing terhadap bahasa Melayu masyakarat di Negara
Brunei Darussalam.
- Bidang
yang mendominasi dalam penghasilan perbendaharaan istilah baharu berserta
contoh - contoh dan maknanya.
- Penghasilan
istilah baharu dalam bahasa Melayu yang kerap berlaku dan juga cara - cara
agar masyarakat umum peka terhadap wujudnya perbendaharaan istilah baharu
ini.
1. Nyatakan kesan atau impak penggunaan
istilah asing (pinjaman) terhadap bahasa Melayu masyarakat di Negara Brunei
Darussalam (jawapan anda boleh positif dan negatif).
Bahasa
Melayu adalah bahasa pertama atau bahasa ibunda Negara Brunei Darussalam dan penggunaan
Bahasa Melayu dengan diselitkan istilah bahasa asing mempunyai beberapa kesan
negatif. Sebagai contoh, dengan adanya banyak aplikasi untuk berkomunikasi
serta laman sosial seperti Twitter dan Facebook masih menyumbang kepada semakin
banyak orang menggunakan istilah asing. Perkara ini boleh menyebabkan
pencampuran bahasa dan kekeliruan daripada istilah asal.
2. Apakah bidang yang mendominasi dalam
penghasilan perbendaharaan istilah baharu ini? Berikan contoh perkataan
tersebut berserta maknanya.
Bidang
yang mendominasi dalam penghasilan perbendaharaan istilah baharu adalah bidang
Sains. Contohnya:
. Infeksi - Infection
- Nutrisi
- Nutrition
- Mineral
- Mineral
- Infra
merah - Infrared
- Eksperimen
- Experiment
Dengan
berkembangnya era teknologi Info Komunikasi dan Teknologi mewujudkan pelbagai
perkataan yang baru, dimana kebanyakan perkataan-perkataan itu terdiri daripada
Bahasa Inggeris. Justeru itu, dengan perkembangan globalisasi dalam dunia
perdagangan dan kegiatan ekonomi serta teknologi, Bahasa Melayu juga patut
berkembang sesuai dengan arus pemodenan.
Tanggungjawab
telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta pihak lain dengan
mengadakan aktiviti yang berhubung dengan pembinaan istilah. Petak di bawah
menunjukkan beberapa istilah yang dikeluarkan oleh DBP melalui Pusat Rujukan
Persuratan Melayu.
BAHASA MELAYU
|
BAHASA INGGERIS
|
Emotikon
|
Emoticon
|
Kawasan Khas
|
Hotspot
|
Butang
Tekan
|
Push
Button
|
Tera
Air
|
Watermark
|
Bulan Madu
|
Honeymoon
|
Swafoto
|
Selfie
|
Pencakar Langit
|
Skyscraper
|
Tunafoto
|
Photobomb
|
Langkah Mayatku
|
Over My Dead Body
|
Tapak Panas
|
Hotsite
|
3. Mengapakah kerap terhasilnya istilah
baharu dalam bahasa Melayu dan bagaimana caranya agar masyarakat umum peka
terhadap wujudnya perbendaharaan istilah baharu ini sehingga ia tidak janggal
digunakan?
Tujuan
perkataan atau istilah baharu ini dicipta adalah untuk menyokong idea atau
konsep baharu yang timbul dalam masyarakat hari ini. Dengan perkembangan
masyarakat kini yang semakin pantas, selari dengan perubahan ilmu pengetahuan,
tentu sekali semakin banyak proses, fenomena, konsep atau situasi baharu yang
memerlukan istilah baharu untuk mengungkapkannya. Namun, sebelum ini pelbagai
perkataan hanya digunakan secara ringan dan sebagai ikutan sahaja tanpa
mengetahui bahasa sumbernya. Segelintir daripada pengguna bahasa yang tidak
mengetahui erti perkataan, masih bebas menggunakan perkataan sedemikian untuk
berkomunikasi. Oleh itu, perkara ini menyebabkan timbulnya fenomena bahasa
rojak akibat daripada percampuran yang tidak terkawal di antara bahasa Melayu
dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.
Terdapat
beberapa cara yang dapat dipraktikan oleh masyarakat umum supaya mereka peka
terhadap wujudnya perbendaharaan istilah baharu.
a. Meningkatkan
penggunaan istilah baharu di dalam bahan bacaan cetakan supaya
sekurang-kurangnya ia dapat digunakan sebagai bahan rujukan dalam bahan bacaan
yang selalu dijumpai.
b. Selain
itu, pendedahan istilah baharu melalui siaran - siaran televisyen dan radio
agar masyarakat terbiasa mendengar perkataan - perkataan ini supaya ia tidak
janggal digunakan. Manakala, pendedahan melalui media sosial juga memainkan
peranan yang penting. Ini adalah kerana pengguna media sosial akan mencari erti
perkataan itu dan menggunakannya dalam media sosial atau percakapan seharian
mereka.
c. Seterusnya,
mengadakan dan memperkenalkan istilah - istilah baharu ini dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu kepada pelajar - pelajar sekolah di pelbagai peringkat.
Oleh: Afiqah K. & Syafinaz A.
Rujukan:
Afif Saharin. (2015, Disember 6). PEMINJAMAN BAHASA KATA ASING DALAM
BAHASA MELAYU UNTUK BIDAN. Diakses
pada 9 April, pukul 5.01 petang dari https://prezi.com/7jpwnbx0-nd8/peminjaman-bahasa-kata-asing-dalam-bahasa-melayu-untuk-bidan/
A. Zahid Amrah. (2017, November 25). 8 istilah baru Dewan Bahasa, dan kenapa perkataan tersebut dipilih. Diakses pada 9 April, pukul 5.02 petang dari https://soscili.my/8-istilah-bahasa-melayu-baru-dan-kenapa/
Hayati Salleh. (2010,
Oktober 25). Pembentukan istilah dan kata
pinjaman. Academia. Di akses pada
9 April, pukul 5.01 petang dari https://www.academia.edu/7606782/Pembentukan_Istilah_dan_Kata_Pinjaman
Mohd Hazani Mahad.
(n.d.). 7 langkah
yang digunakan DBP untuk cipta istilah.. ada 10 istilah baharu. Diakses pada
9 April, pukul 5.01 petang dari https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/7-langkah-yang-digunakan-dbp-untuk-cipta-istilah-ada-10-istilah-baharu-1.734921
Mohd Hazani Mahadi.
(2017). Diakses pada
9 April, pukul 5.01
petang
dari http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/oh-bahasaku/bagaimanakah-istilah-tercipta-1.734161
Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin & Normahdiah Sheikh Said. (n.d.). KEKELIRUAN
JATI DIRI PUNCA BAHASA BERCAMPUR ADUK. Diakses pada 9 April, pukul 5.01 petang dari http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/11/7-Kekeliruan-Bahasa-Melayu-Jati-Diri.pdf
No comments:
Post a Comment