Wednesday, April 10, 2019

Istilah Baharu dalam Bahasa Melayu



Tujuan - Penulisan rencana ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai istilah baharu dalam Bahasa Melayu. Dalam rencana ini akan dijelaskan mengenai:

  1. Kesan atau impak penggunaan istilah asing terhadap bahasa Melayu masyakarat di Negara Brunei Darussalam.
  2. Bidang yang mendominasi dalam penghasilan perbendaharaan istilah baharu berserta contoh - contoh dan maknanya.
  3. Penghasilan istilah baharu dalam bahasa Melayu yang kerap berlaku dan juga cara - cara agar masyarakat umum peka terhadap wujudnya perbendaharaan istilah baharu ini.


1.  Nyatakan kesan atau impak penggunaan istilah asing (pinjaman) terhadap bahasa Melayu masyarakat di Negara Brunei Darussalam (jawapan anda boleh positif dan negatif).

Bahasa Melayu adalah bahasa pertama atau bahasa ibunda Negara Brunei Darussalam dan penggunaan Bahasa Melayu dengan diselitkan istilah bahasa asing mempunyai beberapa kesan negatif. Sebagai contoh, dengan adanya banyak aplikasi untuk berkomunikasi serta laman sosial seperti Twitter dan Facebook masih menyumbang kepada semakin banyak orang menggunakan istilah asing. Perkara ini boleh menyebabkan pencampuran bahasa dan kekeliruan daripada istilah asal.



2.  Apakah bidang yang mendominasi dalam penghasilan perbendaharaan istilah baharu ini? Berikan contoh perkataan tersebut berserta maknanya.

Bidang yang mendominasi dalam penghasilan perbendaharaan istilah baharu adalah bidang Sains. Contohnya:

 .                       Infeksi - Infection
  1. Nutrisi - Nutrition
  2. Mineral - Mineral
  3. Infra merah - Infrared 
  4. Eksperimen - Experiment

Dengan berkembangnya era teknologi Info Komunikasi dan Teknologi mewujudkan pelbagai perkataan yang baru, dimana kebanyakan perkataan-perkataan itu terdiri daripada Bahasa Inggeris. Justeru itu, dengan perkembangan globalisasi dalam dunia perdagangan dan kegiatan ekonomi serta teknologi, Bahasa Melayu juga patut berkembang sesuai dengan arus pemodenan.

Tanggungjawab telah dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta pihak lain dengan mengadakan aktiviti yang berhubung dengan pembinaan istilah. Petak di bawah menunjukkan beberapa istilah yang dikeluarkan oleh DBP melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.


BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
Emotikon
Emoticon
Kawasan Khas
Hotspot
Butang Tekan
Push Button
Tera Air
Watermark
Bulan Madu
Honeymoon
Swafoto
Selfie
Pencakar Langit
Skyscraper
Tunafoto
Photobomb
Langkah Mayatku
Over My Dead Body
Tapak Panas
Hotsite




3.   Mengapakah kerap terhasilnya istilah baharu dalam bahasa Melayu dan bagaimana caranya agar masyarakat umum peka terhadap wujudnya perbendaharaan istilah baharu ini sehingga ia tidak janggal digunakan?

Tujuan perkataan atau istilah baharu ini dicipta adalah untuk menyokong idea atau konsep baharu yang timbul dalam masyarakat hari ini. Dengan perkembangan masyarakat kini yang semakin pantas, selari dengan perubahan ilmu pengetahuan, tentu sekali semakin banyak proses, fenomena, konsep atau situasi baharu yang memerlukan istilah baharu untuk mengungkapkannya. Namun, sebelum ini pelbagai perkataan hanya digunakan secara ringan dan sebagai ikutan sahaja tanpa mengetahui bahasa sumbernya. Segelintir daripada pengguna bahasa yang tidak mengetahui erti perkataan, masih bebas menggunakan perkataan sedemikian untuk berkomunikasi. Oleh itu, perkara ini menyebabkan timbulnya fenomena bahasa rojak akibat daripada percampuran yang tidak terkawal di antara bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.


Terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikan oleh masyarakat umum supaya mereka peka terhadap wujudnya perbendaharaan istilah baharu.

a.  Meningkatkan penggunaan istilah baharu di dalam bahan bacaan cetakan supaya sekurang-kurangnya ia dapat digunakan sebagai bahan rujukan dalam bahan bacaan yang selalu dijumpai.

b.    Selain itu, pendedahan istilah baharu melalui siaran - siaran televisyen dan radio agar masyarakat terbiasa mendengar perkataan - perkataan ini supaya ia tidak janggal digunakan. Manakala, pendedahan melalui media sosial juga memainkan peranan yang penting. Ini adalah kerana pengguna media sosial akan mencari erti perkataan itu dan menggunakannya dalam media sosial atau percakapan seharian mereka.

c.   Seterusnya, mengadakan dan memperkenalkan istilah - istilah baharu ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar - pelajar sekolah di pelbagai peringkat.


Oleh: Afiqah K. & Syafinaz A.  


Rujukan:

Afif Saharin. (2015, Disember 6). PEMINJAMAN BAHASA KATA ASING DALAM BAHASA MELAYU UNTUK BIDAN. Diakses pada 9 April, pukul 5.01 petang dari https://prezi.com/7jpwnbx0-nd8/peminjaman-bahasa-kata-asing-dalam-bahasa-melayu-untuk-bidan/

A. Zahid Amrah. (2017, November 25). 8 istilah baru Dewan Bahasa, dan kenapa perkataan tersebut dipilih. Diakses pada 9 April, pukul 5.02 petang dari https://soscili.my/8-istilah-bahasa-melayu-baru-dan-kenapa/


Hayati Salleh. (2010, Oktober 25). Pembentukan istilah dan kata pinjaman. Academia. Di akses pada 9 April, pukul 5.01 petang dari https://www.academia.edu/7606782/Pembentukan_Istilah_dan_Kata_Pinjaman


Mohd Hazani Mahad. (n.d.). 7 langkah yang digunakan DBP untuk cipta istilah.. ada 10 istilah baharu. Diakses pada 9 April, pukul 5.01 petang dari https://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/7-langkah-yang-digunakan-dbp-untuk-cipta-istilah-ada-10-istilah-baharu-1.734921


Mohd Hazani Mahadi. (2017). Diakses pada 9 April, pukul 5.01 petang dari http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/oh-bahasaku/bagaimanakah-istilah-tercipta-1.734161

Siti Rahimah Mustaffa, Raja Masittah Raja Ariffin & Normahdiah Sheikh Said. (n.d.). KEKELIRUAN JATI DIRI PUNCA BAHASA BERCAMPUR ADUK. Diakses pada 9 April, pukul 5.01 petang dari http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/11/7-Kekeliruan-Bahasa-Melayu-Jati-Diri.pdf